BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 24, 2010

three bestie on ice

haip ^^
sekarang aku dengan bahagianya duduk dirumah.actually tak de la bahagia sangat sebab kena buat kerja rumah.jadi suri rumah separuh masa. separuh je bukan full time house wife. tak larat aku nak buat kerje rumah banyak-banyak. the best part is tak payah dah buat assigmnents yang menimbun-nimbun and boleh keluar rumah anytime aku nak..hehe...since balik rumah hari ni je lah yang aku tak kuar rumah.aku jejak je kaki kat umah ni.ade je tempat yang aku kene tuju.dengan suke rela and rela pakse.

isnin bebaru ni aku dengan 2 orang cinta hati aku seperti biase lah dena and fana bermadi asmara di ice skating bertemankan 2 orang adik aku yang aku kene heret gak sebab dah janji nak bawak dewang pergi main ice skating. even ni kali ke 3 aku menjejakkan kaki di bumi sunway aku tetap sesat even berbekalkan GPS and signboard.demmmm betol.serik dah aku nak drive sampai sunway.boleh fobia.lain kali aku nak suruh orang lain pulak drive hehe. sampai-sampai terus beli tiket wayang dulu sebab dena nak tengok harry potter then pergi beli tiket nak main ice skating.

time main ice skating huh seksenye tak payah cakap la.dah lame kot tak main.lepas tu nak kene jage dua orang budak yang tak pernah main. aku pon jadi nervous giler nak main.huhu.nasib baik ade fana yang pernah main Rollerblade.ade jugak la yang boleh menyelamatkan kami.

yea ^^ sampai jugak kat sunway

muke-muke bahagie before enter the ice ring.

berjaye berice skating even dena tak nak lepaskan tangan kiteorang and and lelaki sebelah tu sangat-sangat tumpang pemes

maintain cumel even dah penat and sakit kaki huk3

merekalah cinte hati saye

lepas penat main perot pun lapar

muahxxx tembam-tembat saye yang tak dapat di pisahkan

lepas dah puas tengok harry potter and duit pon dah terover budget kami pon memblahkan diri balik umah.on the way nak balik umah pon sesat gak.adoii la.aku tak tahu la macam mane aku nak hidup kat KL nanti kalau gini la gayenyer aku acik sesat.

p/s:saye makan banyak kat rumah.harap-harap masuk sem baru nanti berat saye naik. sebab time exam hari tu saye timbang berat saye jatuh dengan dasyatnyer ke 39 kg. tu berat saye mase first year kat UMP ok

Thursday, November 11, 2010

akhirnyer aku jatuh

hari ni hujan lebat kat UMP ni, dari petang tadi hujan.makin lama makin lebat.aku yang duduk kat bilik ni pulak semakin kelaparan. nak turun cafe. tapi hujan. tapi cafe sebelah bilik je pon. maka aku dan rumate ku menggagahkan diri pergi ke cafe sebab dah lapar sangat. biasenyer kalau bukan hari hujan tak turun pon cafe. ni ngade-ngade je lebih. time-time hujan la nak lapar la ape.

aku pon keluar la bilik dengan menyarungkan selipa roxy berwarna-warni yang aku beli dekat teluk cempedak. keluar bilik baru kat tangga dah nak tergelincir.nasib baik dapat control macho lagi boleh berdiri lagi. dengan konfidentnyer aku turun keluar je dari pintu blok and dengan bertambah konfidentnyer aku buka payung and melangkah turun dari pintu blok. tibe-tibe......arghhhhhhh aku jatuh 2 anak tangga dibawah hujan lebat. terduduk aku kat depan pintu blok tu time tengah hujan lebat. sakit tau tangan aku tahan badan ku yang kurus kering ni. huhu. rumate aku yang terkejut aku jatuh depan die tu pon terus la papah aku pergi cafe. walaupon jatuh ku gagahkan juga pergi ke cafe. sebab dah lapar sangat. lantak la bontot aku basah ke tak.haha...
akhirnye aku jatuh jugak pakai selipar roxy tu. selame ni tergelincir je.hehe

p/s: tengah musim exam. tapi kena siapkan report..haish

Tuesday, November 9, 2010

the shortest outing ever

hari ini dengan jayanye aku dan rumate-rumate ku berjaye keluar ke kuantan dalam masa 1jam setengah je. motif nak pergi kuantan sebab nak minum kopi.thats all.giler tak giler.pergi kuantan beli kopi then blah terus balik gambang hehe. macam kuantan tu sebelah UMP je. aku pon tak tahu macam mane aku boleh terjebak dengan plan ni.sebab aku tak mau nak pergi kuantan.tapi sebab rumate aku pergi gak.huhu.so aku pon terbanglah duit sebanyak rm15 just for coffee.haha.macam orang kaye sangat je aku ni beli kopi mahal-mahal.demi nak jaga duit aku malam ni makan nasi lemak yang jual kat aras je.pandaikan aku berbelanje.sile tiru macam saye ok ^^

p/s:struggle untuk study construction safety.ganbate bella!!

Saturday, November 6, 2010

akupontaktahu

sekarang ni tengah study week.tapi aku tak tahu kenapa dis sem punyer study week i don't have the spirit to study as hard as i can like sem-sem yang lepas.maybe aku kene bertapa bawah air terjun sambil bace jampi-jampi mambang biar mambang belajar datang kat aku kot.kedownan sem ni telah membuat aku malas giler nak study.haish.anyway, aku tinggal 2 hari lagi before my big exams.wish me luck. n doa-doakan lah biar aku ni rajin sikit eh

jadual exam ku ^^


mode:study statistics
p/s:aku ni bukan sweet talker tapi aku seorang yang cakap kasar.terimalah mulut ku ini seadanya

Wednesday, November 3, 2010

balak baru

haha..nak buang tebiat sikit sebab aku punyer brain ade short circuit sikit.aku sekarang addict dengan cerita family outing and i start to fall in love with daesung [big bang].owhhhh die sangat cute n funny and and suara die sedap.awwwww totally in love <3 ngaaaa. tiap kali aku tensen aku mesti tonton family outing.siyes aku akan ketawe besar and semangat aku kembali ceria.tapi kegembiraan hanya sekejap, sebab perempuan tersebut mesti akan menghapuskan senyuman yang terukir kat muke comel aku ni.


comel kan dia..
i'm so sorry but i love you <3

p/s:mencari kekuatan diri and cuba bina balik kekuatan diri yang telah dirobohkan

Monday, November 1, 2010

gelap masa depan kuh

akhirnya dapat gak aku nak menaip lepas dah sebulan aku tak update blog aku......ni semua pasal assignment yang melambak punyer pasal la..aku just mampu untuk bace blog dari jaoh je...

hari ni aku nak lepas geram puas-puas sebab bulan 10 banyak sangat rintangan yang mencabar tahap kesabaran aku.bulan lain pon ade gak rintangan just makin menjadi-jadi pulak bulan 10 ni.ni semua gara-gara seorang perempuan yang belajar je tinggi-tinggi tapi otak tak boleh pakai.mental betul la perempuan tu.harap je umur dah 28 dah nak kawen dah..tapi perangai..astaga...macam setan. suke sangat nak menyusahkan hidup orang. aku tak pernah la rasa nak marah or maki-maki orang lagi tua dari aku plus lagi-lagi kalau dia tu bagi ilmu kat aku. biasenyer aku respect orang-oarang macam ni. tapi kalau perangai pon tak macam orang yang berilmu mintak maaf la aku nak respect orang tu.

sem ni aku macam dah tak bileh nak maintain 3.0 aku sebab perempuan tu lah...bukan dengan aku je bermasalah dengan dia.satu class ade masalah dengan die.aku tak tahu la ape masalah die.

dah la mengajar pon tak betul. boleh pulak time mengajar die cakap "eh eh salah la" bukan sekali.tapi banyak kali.kurang dah confident aku nak dengar ape yang die ajar.mahu die ajar ajaran sesat mane entah.aku jugak yang nyanye.

lepas tu tak pernah nak ingat ape yang die cakap.mula-mula cakap kerja group.lepas tu orang lain tanye, die cakap individual, lepas tu nak kompemkan dengan die "eh saye ade cakap group eh...macam tu buat group la"..adoi!!!serabut hidup.tiap-tiap kali tanye soalan dekat die.jawapan mesti berubah-ubah.kalau jawapan tak berubah die mesti cakap tak tahu..demmm punya perempuan.

lepas tu suka tukar tarikh submission kerje. mula-mula suruh tarikh ni ni la sebab kata kiteorang macam tak cukup masa. sekali die tukar semua tarikh kena hantar on the same day.bayangkan 10 lab report+ 1 report mini project+ 1 report nuklear nak kene submit on the same day before pukul 12 and and on that day 7.30 pagi dia nak buat test. 2 minggu aku tak cukup tidur. duduk kat lab sampai ke malam sebab nak siapkan kerje dia. pergi test dengan tak study pape sebab siapkan report. pergi test terbangun lambat sebab tidur pon lambat.dengan bangganyer aku pergi test tak mandi..bahagia giler. nak tahu kenapa die suruh rush hantar semua assgmnet and nak buat test pagi-pagi buta? sebabnyer die nak balik KL!!!vavi la. belum habis sampai di situ. baru-baru ni dapat tahu semua lab report yang kiteorang buat tu dapat markah below 20 over 40. dia kata semua salah buat. demmm tak kan lah 1 kelas bolah salah buat kan..

sekarang ni perempuan tersebut dengan bangganyer buat hal lagi. presentation patut esok (2 nov) sekali dia baru cakap kat dekan nak buat presentation esok. and dekan tak bagi buat any presentation or class on study week. so die antara suruh buat after final (never la bodoh nak buat lepas final.orang nak balik rumah dah) or on 12 nov time tengah-tengah final (woi ku ade paper lagi la lepas tu bodoh)

banyak sangat sebenarnye masalah dengan die ni..tapi biar lah sampai di sini saja carutan aku...haish

p/s:study week dah

Thursday, September 30, 2010

meet my little monster

he is mine...he is little..and he is crazy like a cute monster and sometimes weird
that why he is my little monster


p/s:dah 2 hari aku demam. baru malam ni nak pergi klinik. tapi before pergi klinik aku dah telan panadol.so muka aku macam ceria gilak macam orang sihat..ngaaaa

Tuesday, September 28, 2010

OSH trip

hye guys....sekarang aku nak update entry pasal trip aku ke bangi on last wednesday on 22 sept..1st trip yang aku join this sem. trip ke Agensi Nuklear Malaysia..ganas ooo pergi tengok nuklear..hehe^^

pukul 3 pagi dah bangun and mandi-mandi.sejuk babe.pukul 4 dah kena berkumpul.mata pon tak habis buka lagi.matahari pon tak terbit lagi.nampak bulan je.orang lain pulak tengah syok-syok berdengkur atas katil.

dalam bus. aku duduk kat area belakang untuk menyambung balik kerje dengkur-mengdengkur. tapi siyes ni 1st time aku naik bus pening gila nak mampos sampai nak termuntah.


at agensi nuklear malaysia.konon-konon tengah fokus la semua ni.tapi memang fokus pon.kalau tak fokus alamatnyer tak dapat la buat report nanti. terkontang-kanting la hidup aku nanti.

dah habis dah dengar talk. siap dapat cendera mata lagi.bola-bola dengan kelender.
posing-posing before naik bus ^^

after dah penat dengar orang bercerita kami pon menujulah ke Times Square.hehe.agak pokai di sana sebab berjaya membeli baju and beg.hehe

sampai kat UMP balik pukul 10 malam. still tak nampak matahari juga. nampak bulan je. 1 hari tak jumpa matahari UMP..huhu

p/s:aku tengah demam =.=''

Thursday, September 23, 2010

wake me up when september end

this September aku akan bz..bukan bz sikit tapi sangat-sangat bz ok..so peringatan kepada mana-mana makhluk yang ada. sila jangan cari pasal dengan aku sebab korunk boleh free-free kena fire dengan aku nanti. sebab aku punya emosi tengah under construction untuk try to be cool even under pressure. so kalau tertambah 1 gram pressure dekat kepala otak aku ni memang akan ada tindak balas yang sangat-sangat ganas. dengan itu aku mohon la banyak-banyak jangan cari pasal ok sekian terima kasih

p/s:aku sangat-sangat tak cukup rehat and malam ni ada test solid waste yang tak berapa nak prepare sangat..dammmm

Saturday, September 18, 2010

konvoi raya edisi makan sampai tak hingat dunia

selamat malam semua and selamat hari raya aidilfitri. entry kali ni maybe panjang sikit sebab nak story-story konvoi raya beramai-ramai dari CP ke BTHO sampailah ke Putrajaya. raya tahun ni tak ada potlak, tahun ni kiteorang buat konvoi pulak edisi makan dan makan dan makan. bagi sesiapa yang rasa dah naik berat badan tu boleh la mulakan niat nak puasa 6 ye..huhu.

1st rumah- Qiki

konvoi start pukul 9.00 pagi ikut apa yang mereka invite aku la. tapi aku datang pukul 11.00 sebabnyer aku tunggu aku punya driver dari putrajaya lambat sangat. so aku tak ada la dalam rumah pertama. event pukul 9.00 pukul 9.00 jugak la dia baru bangun. dah tercicir 1 rumah. sila jangan salahkan saya. saya sampai tertidur tunggu budak putrajaya =.=''

2nd rumah- padie
menu: bee hoon goreng kot
aku dan budak baju biru baru muncul. huhu. motif gambar untuk buat muka serious. tapi sorry la muke budak chumel tak reti buat muka serious.

3rd rumah- mim
menu:kuih-kuih yang mim buat and air rozzel buatan sendiri
kami sibuk makan sambil dengar ayah mim bercerita. yang lain sibuk duduk bawah mengadap tv sebab mam kata ada astro..

4th rumah- midy
menu: spegati
motif gambar: sibuk nak rebut cuci pinggan la konon nak jadi menantu pilihan mak mertua nanti.
spegati rumah midy sedap aku sampai nak tambah tapi bila difikirkan banyak lagi rumah yang nak kena terjah maka dangan itu aku telah membatalkan niat aku untuk menambah.

5th rumah - fawwaz
menu: kuih-muih
walaupon dah melahap kat rumah midy tapi kami teruskan juga mission impossible kami untuk makan walaupun kuih. siap budak-budak ni hidangkan setiap sorang boleh makan 1 kuih je. sengal betul.

6th rumah - sakinah
menu: satay kajang
motif gambar: budak baju biru tu kuat makan. dia sangat tekun makan =)
yea makan lagi. kali ni dapat jumpa satay memang aku balun la sampai 5 cucuk. tapi dirahsiakan sebab semua aku suruh budak baju biru ambilkan.hehe

perjalanan diteruskan untuk kerumah seterusnya dengan berjalan kaki agar proses penghadaman makanan lebih lancar. macam kawad kaki dah aku tengok. langkah semua pun sama kecuali untuk budak baju biru itu.

7th rumah - farah
menu: air gas warna hijau
makan lagi. korunk memang tak reti kenyang eh

8th rumah - fatin liyana
menu: satay, nasi dagang, lompat tikam
rumah ni buat open house so kami pun menerjah la juga sebab dah ada orang jemput. tapi tak boleh duduk lama sangat sebab ramai orang sangat. maka selepas kenyang kami pun mengundur diri dulu. terima kasih ye tuan rumah sebab menjemput kami =)

seterusnya.......

9th rumah - aku
menu: gula-gula lilopop
kenyang dan penat and dah mula pening-pening lalat

10th rumah - liyana
menu: bi hoon sup pedas sedap
kunsyuk tengok cerita ular emas final walaupun aku tak pernah tengok. yang baju biru tu mungkin tengah baca doa before makan kuih raya

bergambar dengan mak tuan rumah. bukan yang pasangan baju hijau tu tapi yang sebelah gadis berbaju hijau

motif???tiada motif

11th rumah - diyana
menu: laksa
ni lah destinasi terakhir di putrajaya. time ni memang dah penat tahap gaban. sampai-sampai je naik bilik diyana terus carik katil dan golek-golek. lepas solat asar baru turun makan laksa. dah lepas tu masuk magrib semua gurls masuk bilik diyana and golek-golek lagi. memang masyuk la dapat golek.huhu. lepas tu baru la aku pulang balik ke rumah

tamat la perjalanan yang memenatkan. agak-agak la aku boleh naik berapa gram eh makan banyak-banyak macam tu.hehe. balik rumah memang aku dah tak makan malam dah and aku terus tertidur sampai pukul 11 malam.lepas tu baru la terhegeh-hegeh nak mandi



dia datang

this entry gonna be short and simple. just nak buat ingatan untuk aku di hari tua, hari (15 sept 2010) di mana aku>>>
serabut perut tahap nak termuntah, excited giler, nervous, takot but happy at the same time and semua perasaan datang sekali gus dalam satu masa yang sama. dush dush macam nak melompat-lompat aku di buatnya nak terbang pun ada.

perasan tu datang sebab DIA datang ke beraya rumah aku tiba-tiba dari gambang.terharu la aku di buatnye bila si jantung hati intan payung datang menjenguk aku bila aku membawa hati yang luka lara (merajuk la maksudnya). i will remembered that day =)

p/s:merajuk hati mungkin tak lama.tapi bila orang tu makan hati kesan die sangat mendalam walaupun dia kata die dah tak apa-apa.tapi dalam hati tak ada orang tahu. kalau benda buruk di simpan lama-lama dia akan memakan diri dan one day, that person will explode and you will never expect what will that person do or say. so jangan nak salahkan orang je kalau dia buat tindakan drastik. cuba tenung diri sendiri dulu, fikir apa yang kita dah buat sampai orang tu bleh bertindak sampai macam tu, fikir dalam-dalam. ada otak guna. sebab orang tu mungkin dah penat ingatkan apa yang awak dah buat.

budak tak ada life

orang time raya pergi menyinggah or serbu rumah member-member.tapi aku kat rumah kebosanan tahap gaban sebab tak ada orang nak kidnap aku pergi beraya.maka dengan itu ada 2 manusia yang sama-sama tak ada arah tujuan macam aku telah memberi idea yang munasabah giler untuk pergi berkaroke di hari raya. aku pun on je lah asalkan ada orang datang ambil aku. hehe..

dengan itu pada raya ke-5 aku telah beraya di mines. sepatutnya raya aku dapat duit tapi kali ni aku pulak kena keluar duit sebab 1 tak makan tengah hari lagi. so before memekak kena lah isi perot dulu. lepas tu kena pulak keluar duit nak berkaroke. patut minta tauke die belanja sempena raya ni tau..huhu

muka budak-budak di perantauan. perantauan ke??

makan nasi lemak special and minum white coffee. siyes dah lama giler mengidam cappuccino tapi tak dapat-dapat. so white coffee pon jadi lah

hari ini....bersamaan dengan tarikh 17 sept 2010..sekali lagi aku tak ada arah tujuan. kali ni aku telah membuat plan untuk mengkidnap 2 orang mangsa. mangsa pertama aku kidnap pergi jusco. then magsa ke 2 aku kidnap depan mak die bawa pergi mcd..huhu..

muka bahagia kat mcd walaupun sebenarnya agak malu di situ dengan orang pandang-pandang macam tak pernah nampak awek chun!!
lokasi terakhir mangsa ditemui bersama dengan aku di lake valley.

p/s:mengalami masalah gangguan jiwa sekarang.

Wednesday, September 15, 2010

selamat hari raya dari kg chawas

masih sempat lagi kalau aku nak ucapkan selamat hari raya di sini

dengan ini saya atau nama pena bella ingin menyusun sepuluh jari kalau bnyak sangat salah saya tambah lagi sepuluh jari kaki memohon maaf kalau ada tersalah mana-mana atau ayat, percakapan dan perbuatan saya ada menyakitkan hati mana-mana pihak dengan sengaja atau tidak sengaja. halalkan makan minum bagi sesiapa yang selalu belanje saya makan n minum. dengan itu dengan ingatan tulus ikhlas saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

heeeee dah habis dah bahagian minta-minta ampun sekarang masuk pulak edisi berceloteh di hari raya. dengan ini saya mahu kasi kecoh 1 kampung yang aku berjaya drive sampai kelantan selama 8 jam.sampai je kampung, kepala memang dah berpinar, mate dah pening-pening. aku main salam je sape2 yang hulur tangan then aku nampak toto yang ade budak kecik tidur kat situ, maka dengan bangganya aku landing dan berdengkur..huhu

jo+yah family on 1st day raya

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA fever

akhirnya jadi juga plan untuk keluar beramai-ramai dengan classmate. tapi tak semua yang join sebab budak-budak lelaki 5 (3 cina n 2 melayu) orang je yang join. yang lain susah betol kalau nak jak gathering. entah ape masalh dieorang aku pon tak tahu. bukan selalu ajak lepak same-same. dalam 3 tahun belajar ni la baru 1st time dapat lepak ramai-ramai.

so sempena bulan puasa ni semalam kiteorang pon plan nak berbuka puasa ramai-ramai. cina n india pon join. baru meriah majlis kan sebab dieorang nie semua masuk air je kepala. tak ade yang normal pemikirannye. lepas tu ade penambahan plan untuk countdown merdeka sekali + dah ada supplier bunga api aka mercun. kiteorang apa lagi set je. kasi gegar kuantan sikit. hehe

janji pukul 5.30 nak gerak tapi faham-faham je la ye manusia ni macam mane dengan 2 lelaki baru bangun tidur pulak (memang tak boleh jadi laki orang budak 2 orang ni). akhirnya bergerak la 4 kenderaan ke tanjung lumpur dengan seramai 20 orang (3 orang budak class lain).

kereta 1=aku, mek (co pilot), mas, faai, asha
kereta 2=kamal, izzat, mun, fare, fana
kerete 3=thai, won, kk, ying, cindy
kerete 4=iqa, raihan, 3 orang member mereke

kat tanjung lumpur aku sampai 1st, diikuti dengan kereta kamal walaupun dia ade singgah tempat lain sebab die bawa kereta macam palesit and then kereta iqa n last sekali thai sebab die bawak kereta macam bapak-bapak anak 4 kot.

tangkap gamba dulu before nak makan pon.di penjuru sana ade 2 makhluk lelaki budak class aku. gedik tak nak masuk gamba

dah lepas makan kenyang-kenyang and dengan jayanya muke tak tahu malu dah la aku makan dengan budak-budak lelaki, aku makan tambah and banyak. hilang ayu. ape aku kisah. aku bayar makanan tu so mestilah makan puas-puas. tak rugi aku bayar.huhu.owh ayat macam tergantung. then kami berherak sembahyang and then pergi mega main bowling..hoyeah!!

its bowling time bebeh.

have fun giler time main bowling nie. dah kami ambil 3 rows then bukan main giler sorak-sorak. imagine 15 orang main and setiap kali orang baling bola kiteorang sorak. ko masuk longkang lagilah kuat soraknyer. lantak la ape orang keliling cakap. kami nak release tensen. saksikanlah keganasan budak-budak OSH. and and the other best part is aku dapat 2nd place kat row aku. suke-suke. and aku berjaye untuk tidak memalukan diri aku. at the end of game semua sakit tekak and last-last tak mampu dah nak bersorak. simpan tenaga untuk countdown pulak =)

dah lepas sorak-sorak tak puas lagi duduk kat mega tu ade la yang pergi serang karoke pulak. aku tengok-tengok lepas tu duduk merempat di kaki lima dengan beberapa budak yang lain. dah sakit tekak. tak mampu lagi nak memekik kat karoke. then tibe-tibe aku dapat idea yang bernas aku pon menuju la ke tempat game and main game menari-nari. memang macam monkey la aku main sebab aku tak reti. huhu. malu babe. dah la ade orang tengok. biarkan saje lah mata yang memandang. asalkan aku bahagia.

destinasi seterusnya lepas ade yang dah puas hati dapat berdangdut kami menuju ke teluk cempedak. nak buat countdown merdeka. otw nak kesana dah memang jem giler. dengan orang yang drive entah ape-ape. mahu dah aku mencarut macam-macam binatang haram kat kereta walaupun bukan aku yang drive. aku dah turun pangkat jadi co pilot time tu. nasib baik la murah rezeki, agaknye sebab bersabar dengan kerenah kereta yang entah pape tu kot senang je dpat parking.


mula-mula countdown aku tengah berebut beli Mcd so tak dapat la tengok bunga api orang. then kiteorang cari tempat port yang habis baik punye untuk mulakan kegilaan kami.hehe. dengan supplier bunga api dah ready dengan 2 bunga api besar n kecil. ape lagi...meletup la bunga api kami di ruang langit teluk cempedak dan bergemalah laungan merdeka dari kami.hehe kami mengamalkan safety semasa melancarkan bunga api tersebut dengan melarikan diri sejauh yang mungkin.
selipa jamban baru yang beli kat teluk cempedak sebab selipa dah putus. cantik pulak nak buat selipa jamban. lain kali nak cari selipa kat sana lagi la. hehe

dah penat terpekik kat pantai and muka masing-masing dah penat kami bergerak pula ke kedai makan dengan alasan nak cari makanan sahur. tak mau dah beli dekat cafe. sejarah hitam tak akan berulang lagi.huhu.

di kedai makan benama mid nite tak salah aku

lepas dah dapat aa yang dihajati kami pun bergerak la pulang ke UMP terchenta. sampai-sampai bilik dah pukul 3. patut la mengantuk tahap cipan giler-giler.

p/s: i had so much fun n enjoy myself. harap-harap ade lagi gathering macam ni. korang memang sempoi and kecoh habis. i like =)



singgah sahur-1 malaysia

selame 3 tahun dekat UMP ni baru semalam (30 ogos 2010) aku merasa the best sahur ever!!!makanan simple je nasi + telur dadar + sardin yang faai masak n ayam goreng beli kat cafe. tapi memang meriah. manelah tak meriah sekali sahur 7 orang. sahur with my classmate yang 1 blok dengan aku. cina india pon join bukan melayu-melayu je. try to implement 1 malaysia dekat sini. sepatutnya krew singgah sahur buat shooting dengan kiteorang tau. sibuk-sibuk cakap 1 malaysia. siap yang cina (ying) tu bangun awal lagi dari aku. xcited betul die. kecoh bilik faai bila semua dah berkumpul. macam-macam kerenah. kiteorang ni dok risau yang ying tu tak cukup makan and lapar the next day. cina india yang sahur tu puasa jugak tau.jangan ingat tak puasa. siyesly classmate aku yang non-muslim semua kecuali sudu n garpu memang best. dieorang try paham puasa tu macam mana and respect muslim punya cara. bila kite puasa dieorang tak berani nak minum air pun depan kite. kalau nak minum pun minta izin. dieorang memang the best la =)

p/s:

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke-53
MERDEKA!!
MERDEKA!!
MERDEKA!!

will update pasal merdeka celebration next^^


Sunday, August 29, 2010

cerite kedai cafe

dengan jayenyer aku, rumate ku n member rumate aku bergaduh dengan abang cafe malam tadi..bukan saje-saje nak cari gadoh...abang tu yang start dulu..

kami ber3 ni dalam pukul 1 pagi lebih-lebih turun cafe dengan harapan nak beli makanan sahur..aku tanyer la abang cafe tu "bang telur bistik ada tak?" abang tu cakap ade..aku pon oder la telur bistik 2...aku pon tunggu la dalam setengah jam nak tunggu telur bistik sambil tengok n bola MU lawan ape entah...tunggu punya tunggu akhirnye siapla telur bistik tu..aku pon bukak la bekas nak tengok order tu betul ke tak...sekali aku bukak!!!! jeng jeng jeng die buat telur goreng mate kebau + sos cair...aku tak dapat la nak imagine muke aku camne yang pasti aku memang gelak la tengok keadaan telur bistik aku yang daif tu..yang lagi 2 tu muke memang paling jujur la..siap cakap lagi "ape mende ni???"....kiteorang pon soh la abang tu buat yang baru....

setengah jam kemudian.....siaplah telur bistik selepas die panggil orang lain untuk masakkan...n sekali lagi kami kecewe,,,rupe dah ade dah macam telur bisti..tapi telur kosong la..tak ade pape isi..demmmmmm betol...
kiteorang: ada ayam tak dalam telur ni?
cafe: mane ade ayam
kiteorang:telur bistik bukan ade ayam ke?
cafe: telur bistik mane ade ayam..macam ni la telur bistik...telur bungkus baru ade ayam
kiteorang: ade ayam la..selalu makan ade ayam
cafe:ni tak biase makan kat luar ke?
kiteorang: sebab selalu makan kat luar la kiteorang tahu ade ayam dalam telur bistik...cafe sebelah pon ade ayam jugak
cafe: kiteorang masak care kiteorang..tak same dengan cafe sebelah.

akhirnya kami ambil 2 ketul kepak ayam dengan harge 1 sehinggit..tak nak aku bayar mahal-mahal..dah la kecewe dengan telur bistik..

Wednesday, August 11, 2010

RAMADHAN sudah tibe

selamat menyambut bulan RAMADHAN dan semalamat menjalankan ibadah puasa =)


dah 4 tahun aku belajar puasa di tempat orang..ceh macam jaoh sangat je rumah tu...seriously i miss masa sahur kat rumah and berbuka kat rumah..memang best berbuka kat pahang nie...just...i really miss my home...miss mama punye masakan..miss nak makan nasi time sahur,,kalau dah duduk asrama ni alamatnyer makan roti n biskut je lah....tapi sahur tadi dapat gak merasa makan nasi..sebab bilik depan ajak makan sekali dewang masak nasi..terima kasih banyak eh..siap kene pakse tambah lagi..huhu..arigato..jasa mu dikenang

p/s:aku akan try balik rumah this week..sebab dah lama giler aku tak balik rumah


Friday, August 6, 2010

keje part time

sekarang aku kerje part time kat belakang cafe..kerje ape??
>>>>>>>haha kerje kutip sampah tanpe bergaji....muke ying (baju hitam, seliar mereh) memang hilarious betul..sepanjang buat kerje mulut die bising je...die la entertainment aku time aku tersekse dengan kerje ni =)

p/s:semalam baru lepas test exposure measurement yang susah giler macam haram betul...test dah serupe dengan final exam..tengok soalan objective die aku rase cam nak terkeluar je air mate aku...serupe cam tak bace langsung time jawap test semalam..adoiiiyaiiii

Thursday, August 5, 2010

suffer-ing

amaran keras dari pihak berkuase kalau anda tak biasa buang sampah dirumah sile jangan baca!

dammmmm stupidest assignment ever yang aku pernah dapat...disebabkan tajuk subjectnyer solid waste maka dengan itu die punyer assigmnet kene kaji sampah....dammmm lagi...sile tutup hidung anda....haha...sape la yang nak kaji sampah????budak-budak osh la sape lagi yang akan buat kerje-kerje yang pelik...duduk dengan 10 kg sampah yang ambil dari cafe about 30 minit with all the lalat-lalat, bau busuk and ade flying thingy yang macam lebah.. bukan takat ambil sampah ok..kene korek-korek and asingkan sampah ikut category die...yuksssss....dah pulak tu kene ambil bacaan for 5 days...double yukkssssss!!! aku telah meluangkan masa yang terindah besama-sama sampah....

nak aku cakap ape yang aku korek-korek???haha ko g tengok tong sampah kat dapur ade ape..bende-bende cam tu lah yang aku jumpe..isi ayam..isi ikan..sisa makanan...ok tak nak sebut dah sebab aku dah terbayang ape yang aku nampak siap ade bau lagi...

p/s:aku ade 3 hari lagi kene korek-korek

Saturday, July 31, 2010

gurls nite hang out

pada pukul 8.30 malam bersamaan dengan hari rabu bersorak la kami-kami di dewan kuliah bile class sebenarnye cancel and budak-budak class lain semua dah tahu..dengan spontaneousnyer kami ber6 [aku, mun, mek, mas, faai, asha] telah menyewe kerete dan keluar meronggeng...tujuan utama hanya kuantan..tapi dimana????tiada arah tujuan sebenarnye...just nak keluar dr ump....last-last kami pon bergerak ke megamall n karoke sampai abang yang jage tempat karoke tu tunggu kiteorang puas karoke sebabnyer die dah tutup kedai..hehe...sabonyer bang kami nie tengah release tensen...then kami pon mengorak langkah ke teluk cempedak untuk makan-makan mcd dan bergambar puas2..pukul 1 barulah kiteorang nak balik...ngeee^^..maafkan kami kerana mengenjoykan diri..



p/s:perut penoh...mate berat...hati gembira...nak blaja tapi malas....conclusionnyer is tidor