BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 28, 2009

new moon

salam...
hari nie aku tengok cerite new moon dengan gurl friends aku deana and farhana

demi nak tengok cerite nie kiteorang gerak g jusco pukul 10..agak awal la untuk aku yang selalu bangun tengah hari nie..hehe(kantoi bangun lambat)

conclusionnyer berbaloi jugak la aku bangun awal sebab nak beli tike wayang..sebab citer new moon nie agak best gak tapi yang tak puas hatinyer ending die tergantung..aku dah excied giler nak tengok bella dengan edward kawin ke tak..nampaknyer kene tunggu next pulak la..nak baca biku die malas..so aku sanggup la tunggu sampai yang next story keluar..hehe

tapi yang membuatkan aku teransang giler time tengok citer nie tadi sebab new look jacob yang sangat-sangat hot..omg!!dengan ambut pendek die tu and body die yang ade six pac tu..memang cair la aku dengan farhana..asal nampak jacob je mule la kate laki masing-masing..masing-masing dah lupe bf (oppss...boleh kene marah nie)..yang diana sibuk pertahankan edward die yang ho tu..tapi kalau dari sedi body memang jacob la menang..hehe


hot and sexy jacob
die buat aku cair

me and deana
kat fiting room tengah tunggu farhana try baju

p/s: really mish my big tedi bear =.='

Friday, November 27, 2009

i'm not a gurl not yet a woman

i'm turning 20 on 26 nov 2009

HAPPY BIRTHDAY TO ME ;DD

aku dah semakin dewasa
sungguh tak percaya
kene jadi matured la pulak lepas nie
nak cakap thanks kat kawan2 aku yang wish aku bufday
thanks sangat-sangat kat korang..
love you all ;D

and kepada sesiapa yang cakap nak kasi hadiah tu jangan lupe eh kasi hadiah
hehe..aku nantikan dari korang

my bufday kek
kek chocolate mousse
sangat chocolaty
delicious

by the way nak wish selamat hari raya haji

Tuesday, November 24, 2009

entah

sekarang duduk kat rumah
tak tahu nak buat apa dah
bangun, makan, tengok tv, on9 and tidur
tu aja lah kerja aku sekarang
buhsan pon ada
tapi baik aku rehat sehabis mungkin sebelum masuk sem baru yang sangat busy
nanti dah start new sem jangan nak menyesal pulak tak rehat netul-betul time cuti

sekarang ni musim hujan
nak keluar pon malas
best lagi tidur siang di rumah and berjaga time malam
dah jadi kelawar aku sekarang
agaknye sebab dah terbiasa tidur lewat
so pukul 12 malam pon still rasa masih awal tuk tidur

ada sesiapa nak kasi idea nak buat ape time cuti ni?
mungkin belajar masak..
tapi tunggu ima habis exam spm la
keje????tak tahu nak kerja apa lah
so nak buat apa sekarang??

Friday, November 20, 2009

ada apa dengan memancing?

bella g memancing???
percaya tak???


i wonder..
macam tak percaya je aku pergi memancing
nie semua gara-gara si die ajak g memancing
ikutkan aje die nak g memancing
aku nie dah la kurang kesabaran
kalau memancing memang fail lah..hehe

ada ape dengan memancing nie?
don't ask me
aku pon tak tahu ape nikmatnye memancing nie
sebab boring nak kene tunggu ikan makan umpan
dok tercongok je la tunggu ikan tersebut
tapi aku rase nikmat memancing nie ada bila dapat tangkap ikan la
kalau tak dapat ikan agak frust kot..

tapi yang aku parasan kan kalau orang yang dah minat giler-giler memancing nie sanggup sampai berhari-hari kat laut..
nie bukan cakap pasal nelayan eh..
nie pasal kaki pancing
harap-harap si dia tak terlampau addict dengan memancing
addict dengan kereta je pon dah cukup la

::gaya baru memancing::
hehe...baru belajar memancing..
sangat tensen kot tunggu ikan-ikan tersebut mau makan
orang dah kasi makanan free pon tak mahu makan..
jual mahal punya ikan..

::si dia::
dapat sekor ikan pon jadi la
ikan duri kot tak salah aku
dapat ikan pon sebab idea aku jugak
hehe..kira aku nie bawak luck la gak



p/s:saya dah ada kat rumah..time 4 holiday ^__^

Wednesday, November 18, 2009

brain is shutting down

mode hari nie berubah-ubah....

mode pagi bila bangun subuh : segar giler and mata pun bulat tapi sekejap je
aktiviti: study la untuk last paper sekejap lepas tu tidor balik

mode pukul 9.00 pg: cuaca mendung. hujan renyai-renyai kat luar..alangkah bagus dapat sambung tidur..tapi kena study lagi..haish =.='..hati berdebar-debar nak ambil exam petang ni..takut sangat
activity: pulun belajar habis-habisan...cover yang mana tak cover lagi..

mode pukul 11.00: sangat-sangat takut!!!masa dah suntuk!!kepala dah panas!!mata dah tak larat nak bukak!!perut dah lapar!!otak dah tepu!!
activity: belajar sambil berdiri kat tepi tingkap ambil udara sejuk

mode pukul 1.00:sangat-sangat-sangat gementar...lagi 1 jam 30 minit lagi nak exam...perut masih lapar
activity: tutup buku..minum nestum....baring..give sudah

mode pukul 2.30: speechless...terkejut...terkesima...tertekan...tertipu...terkonpius...segala-gala ter-la
acivity: jawap exam bagai nak rak

mode pukul 5.00: bosan dan blurr
activity: keluar terus dari dewan...babai toxic..i don't want to see you anymore..haha

mode sekarang: gembira
kenapa??? sebab dah habis paper la..hehe...bye bye segala-gala buku and notes yang ada..aku tak nak dah ngadap korang..aku nak enjoy sampai naik sem baru..ngeee

MERDEKA
MERDEKA
MERD
EKA

4 now

p/s:time untuk kemas bilik and lepak bersama-sama si die..hehe..aku balik rumah hari jumaat..and one more thing..good luck untuk adik aku (sabreenot) yang tengah ambil spm hari nie..

Tuesday, November 10, 2009

ko ni lelaki ke perempuan

salam semua..

pagi tadi telah berakhirnya paper aku yang ke-2..agak susah jugak la nak jawap..tapi usah dikenang kisah yang lamakan..aku pon bukan nak story pasal paper aku pagi tadi..

sekarang kita nak buat satu ujian..ujian ape? ujian nak tahu korang ni otak lelaki or otak perempuan...nak tahu korang nie lelaki ke perempuan bukan takat tengok ape yang ade kat fizikal korang sebab sekarang nie pon bentuk fizikal dah tak boleh nak tentukan korang ni lelaki ke perempuan..yang lelaki nak jadu perempuan yang perempuan pun sibuk nak jadi lelaki..



sebelum aku mengarut lagi jom kite buat test korang nie mempunyai otak seprang lelaki atau otak perempuan

amaran keras: jangan menipu time buat test nie...jujur dengan diri korang tau

arahan: sila baca dan cari seberapa banyak huruf F yang korang boleh jumpa dalam ayat di bawah dengan sekali baca je eh..kalau boleh dalam masa 15 saat

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah habis baca?

jumpa berapa huruf F?

3 ke 4 ke 5 ke 6?

sure dengan apa yang korang kira tu?

try baca sekali lagi ayat di bawah ni

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

so dah kira kali ke-2 ni korang jumpa berapa huruf F?

jawapan: ade 6 huruf F kat dalam ayat kat atas tu

kalau korang jawap 6 maknenya korang ni mempunyai otak seorang perempuan and kalau korang baca just jumpa 3 je huruf F korang nie mempunyai otak seorang lelaki..

kenapa lelaki baca just jumpa 3 je huruf F?
sebab....otak lelaki atau lelaki tak dapat nak proses perkataan "OF" so lelaki akan ignorekan F dekat perkataan "OF" tu.

selamat mencuba
and jangan marah kalau jantina korang tak sama dengan result yang korang dapat ^__^


p/s: aku buat dah buat test nie and aku jumpa 6 F..so maknanya aku ni perempuan yang tulen..romate aku jumpa 3 je huruf F..diragui jantina dia nie..haha


Monday, November 9, 2009

serabut kepala

exam aku yang ke-2 bakal menjelang pada 10 nov..exam paper management information system..tapi aku sangat serabut kepala dengan nak membaca banyak-banyak chapter and wujud pulak masalah-masalah yang memang mengganggu kepala otak aku..stress out dowh..dah la aku nie jenis short-term memory..baca je lupa..tak baca lagi lah tak tahu kan..so kena baca jugak...2 more chapter to go...lepas habis post entry nie nanti aku sambung balik study..study sampai mata lebam..bukan ada orang nak tengok mata aku pon sekarang nie..semua dok mengadap buku and kertas exam..so keadaan aku sekarang memang serabut dan serabai..semuanye terbengkalai..seriously aku bila dah masuk musim exam keadaan aku macam pompan hilang laki..

keserabutan kepala yang terserlah di meja

meja ni kecik sangat untuk aku menebarkan buku and laptop
ignorekan hp tersebut sebab hp tu dah hilang fuction k..senyap macam hp permainan n just for display only

aku bukan takat serabut kepala je..serabut hati pon ada gak..dia betul-betul membunuh aku dengan cara paling soft and silent and orang lain tak nampak..sesiapa yang sebilik dengan aku tahu lah macam mana keadaan aku sekarang..tengah-tengah belajar tibe-tibe boleh termenung panjang and sebut nama laki tu..hurmmm..malam nie pulak rumate-rumate aku dok pakat pasang lagu ala-ala sinar af yang terkene sangat la dengan keadaan aku sekarang..nasib baik aku tak nangis..layankan aja and enjoy and ketawa-ketawa..ilmu pon lari la lepas tu..haha..sengal la budak bilik aku nie...by the way, ada yang menjadi mangsa dalam keserabutan hati aku nie..nak tahu sapa jadi mangsa.......tengok bawah..bukan bawah korong.gambat bawah nie..

magsa keadaan

nampak tak makhluk berwarna coklat yang di-circlekan dengan bulatan tu..yang tu la jadi mangsa keadaan..tu gupsy (tedi yang dia kaci)...dari semalam aku tak duduk dengan gupsy..sebab pandang gupsy je ingat die..dah la ada bau dia si gupsy tu..haish..so malam semalam die tido kat hujung kaki aku..aku tido petang tadi pon kat situ jugak la die duduk..sorry gupsy...sape suruh babah kamu tak contact saya kamu jugak yang jadi mangsa..kesian jugak aku tengok gupsy tu tidor sorang-sorang kat hujung katil tu..tapi nak buat macam mane acik ingat kat budak tu je.. saya tahu kamu baca blog saya..so pesanan kepada kamu..kalau kamu sayangkan gupsy baik kamu contact saya hahaha (very evil laugh)..

aku dah merendahkan ego aku untuk contact die..dengan harapan nak memujuk die..tapi tak ada orang yang mengangkat call..hurm..aku tak berani sebenarnya nak contact die..sebab tak nak kaco emosi dia time dia tengah exam nie..nanti ganggu study dia..i just want the best for him..so aku memang kene ikut rentak die..aku just akan menunggu dan menunggu dan menunggu macam tunggul kayu tak pon dok terpacak macam tiang lampu pon boleh jugak...

p/s: oh kasih damailah kau di sana (lagu nie ditujukan khas untuk saya daripada roomate-roomate saya kepada si die) jom nyanyi beramai-ramai...

Sunday, November 8, 2009

chocolate

gambar perempuan kat atas tu same macam aku bile dapat chocolate.lagi-lagi chocolate cadburry...sangat sedap

ramai orang cakap kalau kuat makan chocolate boleh naikkan berat badan or jadi gemuk, rosakkan gigi and kene diabetes. even orang cakap coklat ni tak elok tapi aku tetap jugak makan chocolate lagi-lagi kalau tengan tension or rase nak sangat mengunyah..mesti aku cari chocolate..

actually, chocolate nie bukan lah makanan yang tak elok untuk kesihatan. chocolate is anatara makanan yang berkhasiat compare to rokok yang korang asyik isap hari-hari. makan chocolate tak membawa maut kalau makan betul caranya. chocolate die boleh sumbangkan 15% lemak, 6% protein, 17% karbohidrat, 15% tenaga and yang lebih tu vitamin and mineral lain yang badan kita perlukan..so tak ada la banyak sangat lemak yang chocolate tu sumbangkan. probability nak gemok pon sikit. sebab aku makan chocolate banyak pon tak gemuk-gemuk jugak..dah makan chocolate banyak kene la banyak excercise jangan la tak nak gerakkan badan tu.tu yang berat naik tu..

lemak koko yang ada dalam chocolate actually dapat merendahkan paras cholesterol. lemak koko mengandungi acid oleik yang merupakan acid lemak tak tepu yang boleh merendahkan cholesterol dalam darah.. then dalam lemak koko juga ada acid sterik iaitu acid lemak tepu yang ada kesan neutral terhadap paras cholesterol..so maknenya bagus la chocolate tu..tak ade masalah cholesterol tinggi dalam darah and tekanan darah tinggi.

lepas tu waktu kecil-kecil parents selalu marah kalau anak mereka ni suka makan chocolate. parents selalu cakap kalau makan banyak chocolate nanti gigi rosak. tapi sebenarnya dalam chocolate ade bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein, and acid oksalik. dia akan menghalang pembiakan bacteria yang lepas tu jadi plak and acid dalam mulut korang and membantu dalam pertumbuhan gigi..yang nie sesuai untuk kanak-kanak yang baru nak tumbuh gigi.

yang nie penting sebab chocolate dapat mengurangkan risiko sakit jantung..so sapa-sapa yang tak nak sakit jantung bileh la makan chocolate banyak-banyak eh. nak tahu kenapa dia dapat mengurangkan risiko sakit jantung? sebab phenol yang ada dalam chocolate tu mampu untuk menhalang lemak dalam aliran darah daripada teroksida and menyumbat arteri (bukak buku biology mesti jumpa arteri tu apa)

chocolate juga mengandungi tenaga yang tinggi. so kalau dah tak cukup tenaga boleh la makan chocolate.

so banyakkan kebaikan chocolate nie..apa lagi..lepas ni kite beli chocolate banyak-banyak..buat stok dalam almari..hehe

p/s:nak belajar la nie...

Saturday, November 7, 2009

TERUSKANLAH dengan perangai kau tu

Pernahkah kau bicara

Tapi tak di dengar

Tak di anggap

Sama sekali..



Pernahkan kau tak salah

Tapi disalahkan

Tak di beri

Kesempatan



Kuhidup dengan siapa

Ku tak tau kau siapa

Kau kekasihku tapi

Orang lain bagiku



Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau begitu



Kau tak butuh diriku

Aku patung bagimu

Cinta buta

Kebutuhan mu



Kau dengan dirimu saja

Kau dengan duniamu saja

Teruskan lah.. Teruskan lah

Kau.. kau begitu



Teruskan lah... teruskan lah..



teruskanlah dengan perangai kau tu

aku dah tak kisah and malas nak ambil tahu

sekarang aku just follow je kau punya rentak

aku nak jadi macam puppet

so tak payah dah aku susah-susah nak fikir

kau nak contact aku ke tak aku dah tak kisah

nak contact

contact la

aku balas punyer

tak nak contact sudah

ikut suke hati kau lah



dulu aku dah pernah cakapkan

jangan sampai aku jadi tak kisah bila ko tak contact aku

malangnya...disebabkan sakit hati aku dah teramat sangat so aku pon dah tak kisah

lantak la ape nak jadi kat kau jadi lah

aku bukan tahu pon ape jadi kat kau

whatever dude



like you said before "i'm single but not available"

so am i

so i can do anything i like



::now i feel like the last cookie in jar, all ALONE and BROKEN::




p/s:kalaulah dapat keluar release tensenkn best..dah ade orang ajak da gi lepak minum-minum..tapi malam-malam nie kalau keluar berdua je tak elok..huhu..boring kalau berdua je..not in the mood for study..



Friday, November 6, 2009

fucking day

today is really not my day..tak tahu kenape malang betol hari nie..dah la petang tadi ade paper islamic institutions..ape yang dibace tak keluar..ape yang dibace tapi tak ingat tu lah yang keluar masuk essay.. sangat bengong!!bagi aku tak dapat jawap part essay with full confident dah cukup2 meng-down-kan semangat aku untuk hari ini...

aku just mengharapkan dari si dia untuk mendatangkan smile aku yang dah semakin pudar untuk hari ni..tapi........bende yang menyakitkan hati boleh datang sekali tengah-tengah baru nak memulihkan semangant yang down..

sikit sangat ke kepercayaan kau kat aku?
selame nie apa yang aku buat kat kau tak dapat buktikan ke kasih sayang aku?
tak dapat buktikan lagi ke cinta aku kat kau?
mane pergi kepercayaan kau dekat aku?
ni bukan kali pertama kau tak caye kat aku
dah lebih dari 3 kali kepercayaan ko kat aku tergugat
kau tahu tak betape kecewenyer aku bile ko tak percayakan aku
kalau kau tak percaya aku kenapa kau still masih dengan aku?
ape point kau sebenarnya?
without trust there will no love
aku tertanya-tanya
adakah kau sayang aku lagi?
cinta aku?

aku pelik
seribu tanda tanya dalam kepala otak aku
kalau kau tak percayakan aku
habis selama 10 bulan kita bersama cinta kau dekat aku berdasarkan apa?
selama ini kata-kata cinta dan sayang yang aku luahkan dekat kau, kau tak percaya la ye

aku pulak
terlalu percaya kat kau
ape yang kau cakap aku percaya
aku tak membantah pon ape yang kau cakap
aku tak pernah nak jeles kau dengan ex kau
kau nak tahu kenapa?
sebab aku percaya dekat kau
aku percaya yang kau sayang dan cinta aku
aku percaya setiap kata-kata cinta, sayang dan rindu dari kau
aku tak pernah syak kau masih ada perasaan kat ex kau
sebab sekarang kau dengan aku
kau sekarang ada aku

tapi kau
even aku dah ada kau sekarang
kau masih fikir aku ada hati dengan ex aku
ape point aku nak simpan perasaan dekat dewang?
its over between me and them
don't you understand

it just a simple word
i love you
the one and only
there is no other guys except you in my heart
don't you understand????


aku dah penat..air mata nak keluar tapi sikit..air mata pon dah penat nak kaluar..dah sakit dah mate ni nak menangis..kenapa lemah sangat kau nie bella??laki tu dah tak percaya kat kau..yang kau nak menangis sebab lelaki yang tak pernah percaye kat kau kenape?sakit je yang kau dapat bella...

p/s:mood study dah hilag..currently doing dengar lagu..minum hot chock di musim hujan..oovooing dengan faiz nor n pikirkan what happen next between me n u


Thursday, November 5, 2009

aku, dia dan mcd


aku
seorang gadis yang sangat gilekan spicy chicken mcdeluxe
bila dah mengidam mcd sampai tak lalu nak makan nasi


dia
jejaka yang selalu jadi mangsa bila aku dah mula mengidam mcd
jadi mangsa orang yang kene drive aku ke kuantan untuk mendapatkan mcd
kesian kamu kene layan kerenah saya



aku&dia
bahagia bersama mcd

p/s:esok bermulalah final exam aku..wish me luck yer..berdebar2 aku tunggu esok =.=' currently searching nama yang best and cantik2 untuk anak..

Sunday, November 1, 2009

study week

study week dah bermule
mood nak belajar half-half
aku dah hampir gile terkurung kat dalam ump nie
nak keluar
nak keluar
tapi tak dapat
haish

dah tak ade mood nak makan makanan kat cafe ump nie
hurm
dah berape hari aku makan tak habis
makan kat hotel pon tak habis jugak
aku nak mcd je sekarang untuk kembalikan mood makan aku

i want to get out from this hell
selagi tak dapat keluar selagi tu lah aku tak boleh nak belajar