BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, August 21, 2011

Saye yang Pelupe


hye~

hari ni cerite mengisahkan seorang Bella yang BLURR and PELUPE. member lame yang selalu lepak same-same pon boleh tak cam. hadoi lah mak cik. saye pergi MYDIN depan rumah tengah hari tadi dengan keadaan yang baru bangun tidur untuk membeli barang-barang buat kuih. time nak bayar kat counter ade la awek counter. awek ni senyum-senyum kat aku. aku pun senyum je lah balik. lepas tu aku macam kenal je awek ni. tapi aku konfius. lepas tu die pon cakap kat aku "tak kenal aku ke?" aku pun lame pause.........rupenyer member dari zaman form 1 sampai form 3. hadoi la. maaf la saye memang macam ni ngeee =)

p/s: saye pernah tak cam uncit saye ngeee ;)

Friday, August 19, 2011

Kuih Raya: Biskut Coklat Oat Rangup


kuih lagi =) buat mase ni tak muntah lagi tengok kuih. so boleh layan buat kuih lagi. weee

Bahan-bahan:
125 gm mentega
100 gm gula aising
1/2 biji telur
25 gm susu tepung
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm tepung
25 gm tepung jagung
160 gm oat
60 coklat urai

Bahan Hiasan:
oat

Cara Penyediaan:
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang. then masukkan telur dan esen vanilla. pukul sehingga kembang
2. masukkan pula bahan-bahan campuran tepung, oat dan coklat urai ke dalam campuran yang telah kembang. gaul sehingga rata.
3. bahagikan kepada bebola kecil dan golekkan ke atas oat yang disediakan sebagai bahan hiasan
4. bakar pada suhu 160 Celcius

p/s:mesti sedih kalau berpisah dengan budak-budak osh yang dah nak masuk 4 tahun belajar same-same :'(

Thursday, August 18, 2011

Kuih Raya: Coklat Vanilla


sebenarnye nama kuih ni Coklat Mint Square, tapi aku tukar mint flavor to vanilla flavor. this one resipi yang aku alter sendiri dari original

Bahan A:
180 gm mentega
20 gm shortening
80 gm gula kastor
1/2 sudu kecil vanilla flavor (original mint flavor)
1/2 sudu kecil pes coklat

Bahan B:
230 gm tepung gandum
30 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko
1/8 sudu kecil soda bikarbonat
40 gm badam cincang
40 gm koko crunch (kisar)

Bahan Hiasan:
coklat masak (original guna coklat oren)
Coklat urai

Cara Penyediaan:
1. Putarkan ke semua bahan A sehingga sebati
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan sebatikan. then canai dan terap.
3. bakar pada suhu 170 Celcius sehingga masak
4. setelah sejuk, selupkan permukaan biskut dengan coklat yang telah dicairkan. then taburkan coklat urai

p/s: new sem start 12 sept. saye sangat takut bile fikir last sem.

Wednesday, August 17, 2011

Resipi Kuih Raya: Biskut Jejari Nestum


this one kuih raya yang ke-2 saye buat. sekarang ni tengah mood rajin masuk dapur. hari-hari buat kuih raya. almaklumla tahun ni tak tempah or beli langsung kuih raya, so saye kene bertungkus-lumus buat seberapa banyak kuih raye yang saye mampu. ngee =)

Bahan A:
200 gm mentega
50 gm shortening
1 sudu besar vanilla
90 gm gula kastor

Bahan B:
300 gm tepung
30 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
10 gm tepung kastard
60 gm nestum (kisar)

Bahan Hiasan:
kuning telur
nestum

Cara Penyediaan:
1. pukul bahan A sehingga lembut and kemudian masukkan bahan B
2. gunakan acuan yang dipilih (macam saye gune bentuk heart) and hiasakan
3. bakar pada suhu 180 Celcius sehingga kuih kekuninggan

resipi ni dapat dari majalah SAJI edisi bulan September 2009 punyer. curi dari makcik saye punye almari ;3

p/s:sepanjang duduk rumah ni dah lame tak timbang berat. ape dah jadi dengan berat aku eh. macam naik je

Tuesday, August 16, 2011

My New Baby ;3


untuk mengisi mase lapang aku yang sangat la lapang waktu cuti ni. aku telah mancari hobi baru iaitu menjahit.ngeee =) di bulan puase ni daripada tidur baik aku buat bende yang berfaedah cikitkan. so tercipte lah anak aku yang baru. hehe

1st try
tersalah design so jadi macam alien cikit

2nd try
jadi lah cikit walaupun muke die senget-benget, kaki panjang sebelah, tangan panjang sebelah nad telinge pon panjang sebelah. asalkan tak ade rupe alien =)
isi die aku operate dari teddy bear lame-lame kat umah aku ni. banyak sangat teddy bear tapi dok atas almari kutip habuk je. so saye korbankan die untuk mencipte anak patung yang baru

hasil penat aku 2 hari. mummy love you ;3
die akan di bagi ke uncit

p/s:chow dulu nak buat kuih raye

Monday, August 15, 2011

Kuih Raya: Biskut Badam

akhirnyer after 3 tahun dah tak buat kuih raye sebab bulan puase tak ade kat rumah and this year dapat jugak buat kuih raye. my 1st kuih raya is biskut badam and resipi ni dapat dari kawan mama saye =)

bahan-bahan:
3 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung
1 cawan tepung kastard
2 cawan badam hancur
2 cawan majerin
1 setengah cawan gula castor

bahan hiasan:
telur kuning
badam cincang

masak pada suhu 180 Celsius and nak tahu kuih dah masak tengok kuning telur tu dah macam golden-golden color tu dah siap la tu. jangan tunggu sampai kuih hangus pulak ^^ owh and one more thing kalau doh die cam keras tambah la telur sampai rase dah lembut sikit.
p/s:sekarang tiap-tiap petang hujan. nak pergi bazar ramadhan pon malas