BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, September 30, 2010

meet my little monster

he is mine...he is little..and he is crazy like a cute monster and sometimes weird
that why he is my little monster


p/s:dah 2 hari aku demam. baru malam ni nak pergi klinik. tapi before pergi klinik aku dah telan panadol.so muka aku macam ceria gilak macam orang sihat..ngaaaa

Tuesday, September 28, 2010

OSH trip

hye guys....sekarang aku nak update entry pasal trip aku ke bangi on last wednesday on 22 sept..1st trip yang aku join this sem. trip ke Agensi Nuklear Malaysia..ganas ooo pergi tengok nuklear..hehe^^

pukul 3 pagi dah bangun and mandi-mandi.sejuk babe.pukul 4 dah kena berkumpul.mata pon tak habis buka lagi.matahari pon tak terbit lagi.nampak bulan je.orang lain pulak tengah syok-syok berdengkur atas katil.

dalam bus. aku duduk kat area belakang untuk menyambung balik kerje dengkur-mengdengkur. tapi siyes ni 1st time aku naik bus pening gila nak mampos sampai nak termuntah.


at agensi nuklear malaysia.konon-konon tengah fokus la semua ni.tapi memang fokus pon.kalau tak fokus alamatnyer tak dapat la buat report nanti. terkontang-kanting la hidup aku nanti.

dah habis dah dengar talk. siap dapat cendera mata lagi.bola-bola dengan kelender.
posing-posing before naik bus ^^

after dah penat dengar orang bercerita kami pon menujulah ke Times Square.hehe.agak pokai di sana sebab berjaya membeli baju and beg.hehe

sampai kat UMP balik pukul 10 malam. still tak nampak matahari juga. nampak bulan je. 1 hari tak jumpa matahari UMP..huhu

p/s:aku tengah demam =.=''

Thursday, September 23, 2010

wake me up when september end

this September aku akan bz..bukan bz sikit tapi sangat-sangat bz ok..so peringatan kepada mana-mana makhluk yang ada. sila jangan cari pasal dengan aku sebab korunk boleh free-free kena fire dengan aku nanti. sebab aku punya emosi tengah under construction untuk try to be cool even under pressure. so kalau tertambah 1 gram pressure dekat kepala otak aku ni memang akan ada tindak balas yang sangat-sangat ganas. dengan itu aku mohon la banyak-banyak jangan cari pasal ok sekian terima kasih

p/s:aku sangat-sangat tak cukup rehat and malam ni ada test solid waste yang tak berapa nak prepare sangat..dammmm

Saturday, September 18, 2010

konvoi raya edisi makan sampai tak hingat dunia

selamat malam semua and selamat hari raya aidilfitri. entry kali ni maybe panjang sikit sebab nak story-story konvoi raya beramai-ramai dari CP ke BTHO sampailah ke Putrajaya. raya tahun ni tak ada potlak, tahun ni kiteorang buat konvoi pulak edisi makan dan makan dan makan. bagi sesiapa yang rasa dah naik berat badan tu boleh la mulakan niat nak puasa 6 ye..huhu.

1st rumah- Qiki

konvoi start pukul 9.00 pagi ikut apa yang mereka invite aku la. tapi aku datang pukul 11.00 sebabnyer aku tunggu aku punya driver dari putrajaya lambat sangat. so aku tak ada la dalam rumah pertama. event pukul 9.00 pukul 9.00 jugak la dia baru bangun. dah tercicir 1 rumah. sila jangan salahkan saya. saya sampai tertidur tunggu budak putrajaya =.=''

2nd rumah- padie
menu: bee hoon goreng kot
aku dan budak baju biru baru muncul. huhu. motif gambar untuk buat muka serious. tapi sorry la muke budak chumel tak reti buat muka serious.

3rd rumah- mim
menu:kuih-kuih yang mim buat and air rozzel buatan sendiri
kami sibuk makan sambil dengar ayah mim bercerita. yang lain sibuk duduk bawah mengadap tv sebab mam kata ada astro..

4th rumah- midy
menu: spegati
motif gambar: sibuk nak rebut cuci pinggan la konon nak jadi menantu pilihan mak mertua nanti.
spegati rumah midy sedap aku sampai nak tambah tapi bila difikirkan banyak lagi rumah yang nak kena terjah maka dangan itu aku telah membatalkan niat aku untuk menambah.

5th rumah - fawwaz
menu: kuih-muih
walaupon dah melahap kat rumah midy tapi kami teruskan juga mission impossible kami untuk makan walaupun kuih. siap budak-budak ni hidangkan setiap sorang boleh makan 1 kuih je. sengal betul.

6th rumah - sakinah
menu: satay kajang
motif gambar: budak baju biru tu kuat makan. dia sangat tekun makan =)
yea makan lagi. kali ni dapat jumpa satay memang aku balun la sampai 5 cucuk. tapi dirahsiakan sebab semua aku suruh budak baju biru ambilkan.hehe

perjalanan diteruskan untuk kerumah seterusnya dengan berjalan kaki agar proses penghadaman makanan lebih lancar. macam kawad kaki dah aku tengok. langkah semua pun sama kecuali untuk budak baju biru itu.

7th rumah - farah
menu: air gas warna hijau
makan lagi. korunk memang tak reti kenyang eh

8th rumah - fatin liyana
menu: satay, nasi dagang, lompat tikam
rumah ni buat open house so kami pun menerjah la juga sebab dah ada orang jemput. tapi tak boleh duduk lama sangat sebab ramai orang sangat. maka selepas kenyang kami pun mengundur diri dulu. terima kasih ye tuan rumah sebab menjemput kami =)

seterusnya.......

9th rumah - aku
menu: gula-gula lilopop
kenyang dan penat and dah mula pening-pening lalat

10th rumah - liyana
menu: bi hoon sup pedas sedap
kunsyuk tengok cerita ular emas final walaupun aku tak pernah tengok. yang baju biru tu mungkin tengah baca doa before makan kuih raya

bergambar dengan mak tuan rumah. bukan yang pasangan baju hijau tu tapi yang sebelah gadis berbaju hijau

motif???tiada motif

11th rumah - diyana
menu: laksa
ni lah destinasi terakhir di putrajaya. time ni memang dah penat tahap gaban. sampai-sampai je naik bilik diyana terus carik katil dan golek-golek. lepas solat asar baru turun makan laksa. dah lepas tu masuk magrib semua gurls masuk bilik diyana and golek-golek lagi. memang masyuk la dapat golek.huhu. lepas tu baru la aku pulang balik ke rumah

tamat la perjalanan yang memenatkan. agak-agak la aku boleh naik berapa gram eh makan banyak-banyak macam tu.hehe. balik rumah memang aku dah tak makan malam dah and aku terus tertidur sampai pukul 11 malam.lepas tu baru la terhegeh-hegeh nak mandi



dia datang

this entry gonna be short and simple. just nak buat ingatan untuk aku di hari tua, hari (15 sept 2010) di mana aku>>>
serabut perut tahap nak termuntah, excited giler, nervous, takot but happy at the same time and semua perasaan datang sekali gus dalam satu masa yang sama. dush dush macam nak melompat-lompat aku di buatnya nak terbang pun ada.

perasan tu datang sebab DIA datang ke beraya rumah aku tiba-tiba dari gambang.terharu la aku di buatnye bila si jantung hati intan payung datang menjenguk aku bila aku membawa hati yang luka lara (merajuk la maksudnya). i will remembered that day =)

p/s:merajuk hati mungkin tak lama.tapi bila orang tu makan hati kesan die sangat mendalam walaupun dia kata die dah tak apa-apa.tapi dalam hati tak ada orang tahu. kalau benda buruk di simpan lama-lama dia akan memakan diri dan one day, that person will explode and you will never expect what will that person do or say. so jangan nak salahkan orang je kalau dia buat tindakan drastik. cuba tenung diri sendiri dulu, fikir apa yang kita dah buat sampai orang tu bleh bertindak sampai macam tu, fikir dalam-dalam. ada otak guna. sebab orang tu mungkin dah penat ingatkan apa yang awak dah buat.

budak tak ada life

orang time raya pergi menyinggah or serbu rumah member-member.tapi aku kat rumah kebosanan tahap gaban sebab tak ada orang nak kidnap aku pergi beraya.maka dengan itu ada 2 manusia yang sama-sama tak ada arah tujuan macam aku telah memberi idea yang munasabah giler untuk pergi berkaroke di hari raya. aku pun on je lah asalkan ada orang datang ambil aku. hehe..

dengan itu pada raya ke-5 aku telah beraya di mines. sepatutnya raya aku dapat duit tapi kali ni aku pulak kena keluar duit sebab 1 tak makan tengah hari lagi. so before memekak kena lah isi perot dulu. lepas tu kena pulak keluar duit nak berkaroke. patut minta tauke die belanja sempena raya ni tau..huhu

muka budak-budak di perantauan. perantauan ke??

makan nasi lemak special and minum white coffee. siyes dah lama giler mengidam cappuccino tapi tak dapat-dapat. so white coffee pon jadi lah

hari ini....bersamaan dengan tarikh 17 sept 2010..sekali lagi aku tak ada arah tujuan. kali ni aku telah membuat plan untuk mengkidnap 2 orang mangsa. mangsa pertama aku kidnap pergi jusco. then magsa ke 2 aku kidnap depan mak die bawa pergi mcd..huhu..

muka bahagia kat mcd walaupun sebenarnya agak malu di situ dengan orang pandang-pandang macam tak pernah nampak awek chun!!
lokasi terakhir mangsa ditemui bersama dengan aku di lake valley.

p/s:mengalami masalah gangguan jiwa sekarang.

Wednesday, September 15, 2010

selamat hari raya dari kg chawas

masih sempat lagi kalau aku nak ucapkan selamat hari raya di sini

dengan ini saya atau nama pena bella ingin menyusun sepuluh jari kalau bnyak sangat salah saya tambah lagi sepuluh jari kaki memohon maaf kalau ada tersalah mana-mana atau ayat, percakapan dan perbuatan saya ada menyakitkan hati mana-mana pihak dengan sengaja atau tidak sengaja. halalkan makan minum bagi sesiapa yang selalu belanje saya makan n minum. dengan itu dengan ingatan tulus ikhlas saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN

heeeee dah habis dah bahagian minta-minta ampun sekarang masuk pulak edisi berceloteh di hari raya. dengan ini saya mahu kasi kecoh 1 kampung yang aku berjaya drive sampai kelantan selama 8 jam.sampai je kampung, kepala memang dah berpinar, mate dah pening-pening. aku main salam je sape2 yang hulur tangan then aku nampak toto yang ade budak kecik tidur kat situ, maka dengan bangganya aku landing dan berdengkur..huhu

jo+yah family on 1st day raya