BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 24, 2011

KERAK completely shut down

apekah KERAK?? KERAK ialah sejenis haiwan peliharaan aku iaitu seekor kancil berwarne silver. bukan senang nak cari kancil warne silver dalam hutan sekarang. banyak kat hutan batu bata je. on last saturday orang terakhir yang menunggang KERAK telah meninggalkan KERAK di tepi jalan. katenye KERAK dah tak nak jalan. call la epunk menceritekan masalah yang aku hadapi dengan KERAK. maka KERAK pon di kutip la tepi jalan dan di hantar ke pusat pemulihan. malam ni aku dapat berite pasal KERAK dah memang tak boleh hidup langsung. sob sob sob. sedey tau. sebulan lebih aku jaga KERAK tu. macam ni pulak nasib die. akan ku nantikan kau pulih seperti biase wahai KERAK. dah banyak ko berbakti untuk aku

gambar ini diambil ketika kali pertama aku menunggang si KERAK


p/s: ternanti-nanti bile abah nak belikan kerete untuk aku

emergency di malam hari

malam tadi tengah tekun buat tutor sebab tutor nak kena hantar hari ni tiba-tiba dapat message dari rumate aku (mas) cakap faai (budak class aku aka. budak group aku aka. budak aras aku aka ketua blok aku) tak sihat.dengan itu aku pon berlari-lari la ke bilik faai.nasib baik la mas reti urut-urut orang.sebab banyak pulak angin si faai tu plus dengan muntah-muntahnye. dah lame berfikir dalam pukul 11 malam kami pon buat keputusan nak bawak die pergi klinik. dah teruk sangat kot. kalau makan panadol pon maybe tak baik. so dengan menunggang kancil oren dengan halaju yang sangat tinggi..laju ke? tak sampai pun 100. sempat la sampai kat klinik tu nak dekat dengan pukul 12 malam. jauh jugak la dari UMP. nak buat macam mane itu je la choice yang ade tengah-tengah malam ni. klinik lain memang dah tutup da. klinik tu pun tutup pukul 12 malam.nasib baik la die terime lagi pesakit.


mas and faai
sedang menunggu giliran. lame pulak mak cik dengan anak gadis die tu masuk. meminang doktor tu ke ape...

menanti dengan tidak sabar pintu bilik doktor tu bukak

muke budak kecik di malam hari dengan eye-beg

doktor yang kiteorang jumpe tu pon macam sengal jugak la. terhibur aku cakap dengan doktor tu. tapi disebabkan keadaan faai yang sakit die tak mampu nak gelak.

settle dah segale permasalahan kat klinik. pukul 12.30 malam baru la sampai balik UMP. hampir kene saman dengan pak guard. lupe pulak sekarang ni pak guard UMP strik giler macam hitler dowh. macam nak kene baling dengan selipar crocs aku je muka masing-masing. nasib baik la mas sempat buat penerangan tak bersalah sambil berbekal bukti faai yang terbaring kat seat penumpang. kalau tak melayang rm50.

balik dari klinik aku dengan mas sambung buat tutor dalam keadaan last minute giler. jawapan pon main tibai je mana yang jumpe. dengan selamatnyer aku dapat tidur pukul 3.30 am. sekali hari ni bangun pukul 8.40 am.class pulak pukul 9.00. bergelimpangan tempat aku sebab dah kelam kabut sangat.haish

p/s:moral of the story..lain kali ade kerje jangan buat last minute ye. nanti tidur lambat lagi padan muke ko



Saturday, January 22, 2011

psm

sem ni dah masok sem 6.so aku dah kene membzkan diri with my PSM aka. my final year project.tajuk untuk PSM aku, aku pilih more to environment instead of safety occupational..huhu..banyak babe nak kene bace nak buat proposal PSM je. dah la isnin ni kene siapkan sebab aku dah nak kene pergi cari tempat nak buat ambil samplenye lagi.ngaaa~budak fakulti lain buat PSM tak payah susah-susah mau pikir mane nak buat PSM.aku dah kene pikir mane nak pergi.macam nak cari tempat LI je.hadoiyai


buku yang tengah didigest oleh aku
ni pon dapat dari supervisor aku.kalau nak harapkan aku cari buku ni memang tak dapat la

p/s:saye selalu cakap bende pelik-pelik

Monday, January 17, 2011

duit kene telan

tadi aku pergi mesin atm nak bank in duit *saya dah jadi bisness gurl dah sekarang sebab buat sewe kerete lembu*. punyelah semangat nak bank in ni sebab first time kot nak bank in duit.biasenyer aku tahu cucuk kad and then duit keluar. tak reti lagi nak bagi duit kat orang. sakali dah masukkan duit, resit keluar die tulis CASH RETRACT-EXCEP PLEASE CONTACT BANK. aku pon macam tak pasti ape yang berlaku.aku pon call epunk..rupe-rupenyer duit tak masuk. demmmmm whut????dengan ini esok kalau ade gap class aku kene pergi CIMB kat kuantan..haish

p/s:tiap-tiap malam saye mesti chek buku hijau panjang saye

anniversary 2 tahun

dah lame aku tak hupdate ini blog.malas giler aku nak update.malas nak menaip.sekarang mood aku memang hari-hari malas.aku tak tahu kenapa.ok-ok enough pasal kemalasan aku yang melapau ni.aku update blog pon sebab faiz nor bising aku dah tak update blog.alah ko pon 2x5 jah dengan aku.

make dengan itu aku pon mahu cakap la yang secare officialnye aku dan uncit aku dah bersama-sama mengharungi dunia perkapelan ni selama 2 tahun pada 17 jan.haha.uncit officially kamulah paling lama saya pernah couple.hehe.

celebrate biasa-biasa je pon sebab uncit tak sihat sangat.masih demam-demam.dah pulak tu baru dapat batok pulak.huuuu malangnye nasib kamu uncit.so dapat jalan-jalan dalam kuantan je lah.aku kalau cakap kuantan agak blur la mahu pigi mana.tapi nasib baik la semalam tak ada blur-blur nak pergi mana.awal-awal lagi aku dah cakap nak breakfast nasi lemak.sebab dah seminggu aku ngidam nak makan nasi lemak.lepas dah makan and perut pon dah buncit aku pon ajak lah ke mini zoo teruntum.tak dapat zoo negara tak ape.zoo teruntum kan ade.

memerang comel.
memerang tu lompat-lompat bile orang nak kasi makanan

uncit kejutkan kure-kure dari tido

saya dan uncit.
uncit nampak mude dalam gambar ni

lepas dah penat-panat tengok binatang and aku keciwe sikit la sebab uncit tak kasi aku main buaian.die cakap kesian nanti budak-budak tu nak main.aku pon nak main gak..lepas tu kami pon bergerak la teruntum dengan hasrat nak tengok wayang.dah la parking pon dah kene bayar rm2.50.jusconyer parking lagi murah.tapi keciwe pulak sebab tak ade cerite best. kiteorang pon blah la ke ECM dengan harapan mahu tengok wayang jugak. sekali pikir punye pikir aku pon pilih je la cerite KHURAFAT walaupun aku ni sangat-sangat la tak suka tengok cerite hantu. before tengok citer hantu dapat makan pizza hut dulu...nasib baik ade hot tiket =)

makan petang kami chocolate indulgent and ice-cream ^_____^

tempat wajib
jalan-jalan di teluk cempedak

terjumpe tempat baru kat tanjung api

you can be the peanut to my jelly
you can be the butterflies i feel in my belly
you are the straw to my berry