BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 31, 2010

MERDEKA fever

akhirnya jadi juga plan untuk keluar beramai-ramai dengan classmate. tapi tak semua yang join sebab budak-budak lelaki 5 (3 cina n 2 melayu) orang je yang join. yang lain susah betol kalau nak jak gathering. entah ape masalh dieorang aku pon tak tahu. bukan selalu ajak lepak same-same. dalam 3 tahun belajar ni la baru 1st time dapat lepak ramai-ramai.

so sempena bulan puasa ni semalam kiteorang pon plan nak berbuka puasa ramai-ramai. cina n india pon join. baru meriah majlis kan sebab dieorang nie semua masuk air je kepala. tak ade yang normal pemikirannye. lepas tu ade penambahan plan untuk countdown merdeka sekali + dah ada supplier bunga api aka mercun. kiteorang apa lagi set je. kasi gegar kuantan sikit. hehe

janji pukul 5.30 nak gerak tapi faham-faham je la ye manusia ni macam mane dengan 2 lelaki baru bangun tidur pulak (memang tak boleh jadi laki orang budak 2 orang ni). akhirnya bergerak la 4 kenderaan ke tanjung lumpur dengan seramai 20 orang (3 orang budak class lain).

kereta 1=aku, mek (co pilot), mas, faai, asha
kereta 2=kamal, izzat, mun, fare, fana
kerete 3=thai, won, kk, ying, cindy
kerete 4=iqa, raihan, 3 orang member mereke

kat tanjung lumpur aku sampai 1st, diikuti dengan kereta kamal walaupun dia ade singgah tempat lain sebab die bawa kereta macam palesit and then kereta iqa n last sekali thai sebab die bawak kereta macam bapak-bapak anak 4 kot.

tangkap gamba dulu before nak makan pon.di penjuru sana ade 2 makhluk lelaki budak class aku. gedik tak nak masuk gamba

dah lepas makan kenyang-kenyang and dengan jayanya muke tak tahu malu dah la aku makan dengan budak-budak lelaki, aku makan tambah and banyak. hilang ayu. ape aku kisah. aku bayar makanan tu so mestilah makan puas-puas. tak rugi aku bayar.huhu.owh ayat macam tergantung. then kami berherak sembahyang and then pergi mega main bowling..hoyeah!!

its bowling time bebeh.

have fun giler time main bowling nie. dah kami ambil 3 rows then bukan main giler sorak-sorak. imagine 15 orang main and setiap kali orang baling bola kiteorang sorak. ko masuk longkang lagilah kuat soraknyer. lantak la ape orang keliling cakap. kami nak release tensen. saksikanlah keganasan budak-budak OSH. and and the other best part is aku dapat 2nd place kat row aku. suke-suke. and aku berjaye untuk tidak memalukan diri aku. at the end of game semua sakit tekak and last-last tak mampu dah nak bersorak. simpan tenaga untuk countdown pulak =)

dah lepas sorak-sorak tak puas lagi duduk kat mega tu ade la yang pergi serang karoke pulak. aku tengok-tengok lepas tu duduk merempat di kaki lima dengan beberapa budak yang lain. dah sakit tekak. tak mampu lagi nak memekik kat karoke. then tibe-tibe aku dapat idea yang bernas aku pon menuju la ke tempat game and main game menari-nari. memang macam monkey la aku main sebab aku tak reti. huhu. malu babe. dah la ade orang tengok. biarkan saje lah mata yang memandang. asalkan aku bahagia.

destinasi seterusnya lepas ade yang dah puas hati dapat berdangdut kami menuju ke teluk cempedak. nak buat countdown merdeka. otw nak kesana dah memang jem giler. dengan orang yang drive entah ape-ape. mahu dah aku mencarut macam-macam binatang haram kat kereta walaupun bukan aku yang drive. aku dah turun pangkat jadi co pilot time tu. nasib baik la murah rezeki, agaknye sebab bersabar dengan kerenah kereta yang entah pape tu kot senang je dpat parking.


mula-mula countdown aku tengah berebut beli Mcd so tak dapat la tengok bunga api orang. then kiteorang cari tempat port yang habis baik punye untuk mulakan kegilaan kami.hehe. dengan supplier bunga api dah ready dengan 2 bunga api besar n kecil. ape lagi...meletup la bunga api kami di ruang langit teluk cempedak dan bergemalah laungan merdeka dari kami.hehe kami mengamalkan safety semasa melancarkan bunga api tersebut dengan melarikan diri sejauh yang mungkin.
selipa jamban baru yang beli kat teluk cempedak sebab selipa dah putus. cantik pulak nak buat selipa jamban. lain kali nak cari selipa kat sana lagi la. hehe

dah penat terpekik kat pantai and muka masing-masing dah penat kami bergerak pula ke kedai makan dengan alasan nak cari makanan sahur. tak mau dah beli dekat cafe. sejarah hitam tak akan berulang lagi.huhu.

di kedai makan benama mid nite tak salah aku

lepas dah dapat aa yang dihajati kami pun bergerak la pulang ke UMP terchenta. sampai-sampai bilik dah pukul 3. patut la mengantuk tahap cipan giler-giler.

p/s: i had so much fun n enjoy myself. harap-harap ade lagi gathering macam ni. korang memang sempoi and kecoh habis. i like =)



No comments:

Post a Comment