BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 7, 2011

KIWI in memory


saye dah kehilangan one of my cat yang bername KIWI. bukan hilang sebab KIWI lari tapi hilang pergi dah tak kembali. she died!!dibunuh oleh 5 ekor anjing. i still remember that night. aku dengar bunyi anjing banyak-banyak menyalak kat belakang rumah dalm pukul 3.15 pagi. aku ingat semua kucing dah masuk rumah. then bile aku lari turun bawah. aku bukak pintu dapur aku nampak banyak anjing and then aku dengar bunyi kucing sekali. i was like OMG. kucing aku ade kat luar. aku try nak step outside and halau anjing-anjing tu. tapi adik aku tak bagi sebab anjing tu banyak sangat and i only got satu jug air kat tangan. and aku tak mampu buat ape-ape time tu. hanya mampu mendengar and hoping yang bunyi kucing tu bukan kucing aku.

tapi pagi tu dalam pukul 9 after aku bangun dari tidur aku terus pergi dapur nak cari KIWI tapi aku jumpe bangkai die kat belakang dapur. orang gaji aku jumpe bangkai KIWI belakang rumah sebelah. aku still tak percaya ape yang aku tengok tu bangkai kucing aku. aku panggil adik aku suruh die cek. aku tak mampu nak tengok dekat pon and my sister said tu KIWI. i was like menangis and menangis and menangis. kalaulah aku berani and halau anjing-anjing tu maybe KIWI will be still alive and still playing with anak-anak die sekarang. tapi die dah tak ade. aku dah xdapat nak kacau die. walaupun aku jarang ade kat rumah tapi she still one of the family. memang orang lain kate KIWI still ade anak-anak die. tapi setiap ekor perangai lain-lain and die dah ade dalam family dah 2 tahun. KIWI i miss u.

aku dah tak dapat tengok gelagat die curi air dalam gelas. KIWI suke minum air masak dari caman orang. dah tak dapat tengok gelagat die lari dari anak-anak die yang acik nak susu die. dah tak dapat kacau die yang garang and suke gigit tangan orang yang nak sentuh die. dah tak dapat tengok die lompat-lompat kejar getah rambut. KIWI ade obsession dengan getah rambut. kalau ko ade getah rambut kat tangan ko pon die akan gigit-gigit. KIWI ibu yang baik. selalu jilat-jilat anak die walaupun anak die dah besar and gemok.

Monday, September 5, 2011

Konvoi DuaRibuSebelas


this year pon buat konvoi raya ramai-ramai dengan geng-geng sekolah. bajet dalam 20 orang je sekali nak sampai 30 orang.hamek ko. yang ketua program pon dah pening kepale nak handle semua orang. kalau orang dah ramai kerete pon mesti lah ramai jugak. mau parking pon susah. huhu. tapi seriously memang gempak la bile kumpul ramai-ramai dan mengimbau kenangan lalu. mahu sesak nafas sebab gelak. tahun ni sampai 10 rumah jugak lah pergi. and and and setiap rumah masak makanan yang agak berat. pecah perut babe makan. kalau tak makan tuan rumah pulak terkecil hati nanti. penat dieorang masak, aku tak makan pulak kan.

tarikh: 4 sept 2011 in memory


yes my gula madu =)
bukan senang nak kumpul cukup berempat. ni kire setahun sekali je baru dapat. miss giler budak2 sengal ni

gadis-gadis pink pepel merah

geng-geng konvoi
ade lagi yang tak ade dalam gambar ni. termasuklah aku

p/s: sampai tercirit aku makan banyak sangat semalam

Sunday, August 21, 2011

Saye yang Pelupe


hye~

hari ni cerite mengisahkan seorang Bella yang BLURR and PELUPE. member lame yang selalu lepak same-same pon boleh tak cam. hadoi lah mak cik. saye pergi MYDIN depan rumah tengah hari tadi dengan keadaan yang baru bangun tidur untuk membeli barang-barang buat kuih. time nak bayar kat counter ade la awek counter. awek ni senyum-senyum kat aku. aku pun senyum je lah balik. lepas tu aku macam kenal je awek ni. tapi aku konfius. lepas tu die pon cakap kat aku "tak kenal aku ke?" aku pun lame pause.........rupenyer member dari zaman form 1 sampai form 3. hadoi la. maaf la saye memang macam ni ngeee =)

p/s: saye pernah tak cam uncit saye ngeee ;)

Friday, August 19, 2011

Kuih Raya: Biskut Coklat Oat Rangup


kuih lagi =) buat mase ni tak muntah lagi tengok kuih. so boleh layan buat kuih lagi. weee

Bahan-bahan:
125 gm mentega
100 gm gula aising
1/2 biji telur
25 gm susu tepung
1/2 sudu teh esen vanilla
50 gm tepung
25 gm tepung jagung
160 gm oat
60 coklat urai

Bahan Hiasan:
oat

Cara Penyediaan:
1. pukul mentega dan gula sehingga kembang. then masukkan telur dan esen vanilla. pukul sehingga kembang
2. masukkan pula bahan-bahan campuran tepung, oat dan coklat urai ke dalam campuran yang telah kembang. gaul sehingga rata.
3. bahagikan kepada bebola kecil dan golekkan ke atas oat yang disediakan sebagai bahan hiasan
4. bakar pada suhu 160 Celcius

p/s:mesti sedih kalau berpisah dengan budak-budak osh yang dah nak masuk 4 tahun belajar same-same :'(

Thursday, August 18, 2011

Kuih Raya: Coklat Vanilla


sebenarnye nama kuih ni Coklat Mint Square, tapi aku tukar mint flavor to vanilla flavor. this one resipi yang aku alter sendiri dari original

Bahan A:
180 gm mentega
20 gm shortening
80 gm gula kastor
1/2 sudu kecil vanilla flavor (original mint flavor)
1/2 sudu kecil pes coklat

Bahan B:
230 gm tepung gandum
30 gm tepung naik sendiri
2 sudu besar susu tepung
2 sudu besar serbuk koko
1/8 sudu kecil soda bikarbonat
40 gm badam cincang
40 gm koko crunch (kisar)

Bahan Hiasan:
coklat masak (original guna coklat oren)
Coklat urai

Cara Penyediaan:
1. Putarkan ke semua bahan A sehingga sebati
2. Masukkan bahan B ke dalam bahan A dan sebatikan. then canai dan terap.
3. bakar pada suhu 170 Celcius sehingga masak
4. setelah sejuk, selupkan permukaan biskut dengan coklat yang telah dicairkan. then taburkan coklat urai

p/s: new sem start 12 sept. saye sangat takut bile fikir last sem.

Wednesday, August 17, 2011

Resipi Kuih Raya: Biskut Jejari Nestum


this one kuih raya yang ke-2 saye buat. sekarang ni tengah mood rajin masuk dapur. hari-hari buat kuih raya. almaklumla tahun ni tak tempah or beli langsung kuih raya, so saye kene bertungkus-lumus buat seberapa banyak kuih raye yang saye mampu. ngee =)

Bahan A:
200 gm mentega
50 gm shortening
1 sudu besar vanilla
90 gm gula kastor

Bahan B:
300 gm tepung
30 gm tepung jagung
1/2 sudu kecil serbuk penaik
10 gm tepung kastard
60 gm nestum (kisar)

Bahan Hiasan:
kuning telur
nestum

Cara Penyediaan:
1. pukul bahan A sehingga lembut and kemudian masukkan bahan B
2. gunakan acuan yang dipilih (macam saye gune bentuk heart) and hiasakan
3. bakar pada suhu 180 Celcius sehingga kuih kekuninggan

resipi ni dapat dari majalah SAJI edisi bulan September 2009 punyer. curi dari makcik saye punye almari ;3

p/s:sepanjang duduk rumah ni dah lame tak timbang berat. ape dah jadi dengan berat aku eh. macam naik je