BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, September 18, 2010

konvoi raya edisi makan sampai tak hingat dunia

selamat malam semua and selamat hari raya aidilfitri. entry kali ni maybe panjang sikit sebab nak story-story konvoi raya beramai-ramai dari CP ke BTHO sampailah ke Putrajaya. raya tahun ni tak ada potlak, tahun ni kiteorang buat konvoi pulak edisi makan dan makan dan makan. bagi sesiapa yang rasa dah naik berat badan tu boleh la mulakan niat nak puasa 6 ye..huhu.

1st rumah- Qiki

konvoi start pukul 9.00 pagi ikut apa yang mereka invite aku la. tapi aku datang pukul 11.00 sebabnyer aku tunggu aku punya driver dari putrajaya lambat sangat. so aku tak ada la dalam rumah pertama. event pukul 9.00 pukul 9.00 jugak la dia baru bangun. dah tercicir 1 rumah. sila jangan salahkan saya. saya sampai tertidur tunggu budak putrajaya =.=''

2nd rumah- padie
menu: bee hoon goreng kot
aku dan budak baju biru baru muncul. huhu. motif gambar untuk buat muka serious. tapi sorry la muke budak chumel tak reti buat muka serious.

3rd rumah- mim
menu:kuih-kuih yang mim buat and air rozzel buatan sendiri
kami sibuk makan sambil dengar ayah mim bercerita. yang lain sibuk duduk bawah mengadap tv sebab mam kata ada astro..

4th rumah- midy
menu: spegati
motif gambar: sibuk nak rebut cuci pinggan la konon nak jadi menantu pilihan mak mertua nanti.
spegati rumah midy sedap aku sampai nak tambah tapi bila difikirkan banyak lagi rumah yang nak kena terjah maka dangan itu aku telah membatalkan niat aku untuk menambah.

5th rumah - fawwaz
menu: kuih-muih
walaupon dah melahap kat rumah midy tapi kami teruskan juga mission impossible kami untuk makan walaupun kuih. siap budak-budak ni hidangkan setiap sorang boleh makan 1 kuih je. sengal betul.

6th rumah - sakinah
menu: satay kajang
motif gambar: budak baju biru tu kuat makan. dia sangat tekun makan =)
yea makan lagi. kali ni dapat jumpa satay memang aku balun la sampai 5 cucuk. tapi dirahsiakan sebab semua aku suruh budak baju biru ambilkan.hehe

perjalanan diteruskan untuk kerumah seterusnya dengan berjalan kaki agar proses penghadaman makanan lebih lancar. macam kawad kaki dah aku tengok. langkah semua pun sama kecuali untuk budak baju biru itu.

7th rumah - farah
menu: air gas warna hijau
makan lagi. korunk memang tak reti kenyang eh

8th rumah - fatin liyana
menu: satay, nasi dagang, lompat tikam
rumah ni buat open house so kami pun menerjah la juga sebab dah ada orang jemput. tapi tak boleh duduk lama sangat sebab ramai orang sangat. maka selepas kenyang kami pun mengundur diri dulu. terima kasih ye tuan rumah sebab menjemput kami =)

seterusnya.......

9th rumah - aku
menu: gula-gula lilopop
kenyang dan penat and dah mula pening-pening lalat

10th rumah - liyana
menu: bi hoon sup pedas sedap
kunsyuk tengok cerita ular emas final walaupun aku tak pernah tengok. yang baju biru tu mungkin tengah baca doa before makan kuih raya

bergambar dengan mak tuan rumah. bukan yang pasangan baju hijau tu tapi yang sebelah gadis berbaju hijau

motif???tiada motif

11th rumah - diyana
menu: laksa
ni lah destinasi terakhir di putrajaya. time ni memang dah penat tahap gaban. sampai-sampai je naik bilik diyana terus carik katil dan golek-golek. lepas solat asar baru turun makan laksa. dah lepas tu masuk magrib semua gurls masuk bilik diyana and golek-golek lagi. memang masyuk la dapat golek.huhu. lepas tu baru la aku pulang balik ke rumah

tamat la perjalanan yang memenatkan. agak-agak la aku boleh naik berapa gram eh makan banyak-banyak macam tu.hehe. balik rumah memang aku dah tak makan malam dah and aku terus tertidur sampai pukul 11 malam.lepas tu baru la terhegeh-hegeh nak mandi



2 comments: